Menu
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah Pewaris takhtaSetelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. Apabila paduka nenda baginda pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.
Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.[10] Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.[11]
Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1979.
Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 2016. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.
Menu
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah Pewaris takhtaBerkaitan
Tengku Zafrul Abdul Aziz Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah Tengku Permaisuri Norashikin Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Amir Shah Tengku Adnan Tengku Mansor Tengku Sarafudin Badlishah Tengku Muhammad Fa-iz Petra Tengku Maimun Tuan MatRujukan
WikiPedia: Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah